Kedai Pilihan Pengguna

DEFINISI KEDAI PILIHAN PENGGUNA

ALHAMDULILLAH, SABASUN HyperRuncit Sdn Bhd telah dipilih sebagai Kedai Pilihan Pengguna oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Anugerah ini berjaya diraih berkat sokongan para pelanggan yang budiman. Jutaan terima kasih kami ucapkan.

Kedai Pilihan Pengguna ialah premis perniagaan yang menjual barang keperluan harian pengguna dengan harga yang berpatutan dan berdaya saing (kompetitif) bertepatan dengan kualiti barang serta perkhidmatan yang ditawarkan. Program ini diwujudkan oleh KPDNHEP semenjak tahun 2006.

OBJEKTIF KEDAI PILIHAN PENGGUNA

Program ini telah menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai bagi memastikan program ini dapat memberi impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara. Objektif Program Kedai Pilihan Pengguna adalah seperti berikut: -

  • Menggalakkan para peniaga menawarkan harga barang keperluan harian pada paras yang munasabah dan berpatutan sepanjang masa;
  • Mewujudkan penanda- aras bagi premis-premis perniagaan yang menjual barangan keperluan;
  • Memberi pengiktirafan kepada peniaga-peniaga yang menawarkan harga yang berpatutan bagi produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang baik kepada pengguna; dan
  • Mewujudkan suasana yang menyakinkan pengguna untuk berbelanja dan mengurangkan kadar inflasi.

1 thought on “Kedai Pilihan Pengguna

Leave a Reply to Mohammad Normaaruf Bin Abd Hamid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *