SEJARAH RINGKAS SABASUN HYPErRUNCIT SDN BHD

Perniagaan ini diasaskan oleh Haji Che Ibrahim bin Haji Abdul Kadir dan Hajah Saleha binti Mohammad sebagai Pengerusi, dan anak-anak mereka iaitu Che Salmi bin Haji Che Ibrahim sebagai Pengarah Urusan, dan Che Salman bin Haji Che Ibrahim sebagai Pengarah Operasi. Ditubuhkan pada 2 April 1995 dengan nama Sabasun Sdn Bhd.Pada awal operasi, tenaga kerja hanya seramai 8 orang dan terdiri dari ahli keluarga terdekat. Bermula dengan ruang jualan berkeluasan 3,000 kaki persegi dan 2 unit kaunter bayaran, Sabasun bermula dengan pusingan modal sebanyak RM 150,000.00. Dengan pengenalan konsep “Harga Muroh Sokmo” atau “Always Low Price”,

Sabasun mula dikenali sebagai kedai menjual barangan keperluan harian dan bulanan pada harga yang sangat murah, malah tidak keterlaluan kalau dikatakan “KEDAI HARGA PALING MURAH” di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada setiap waktu dan masa operasinya. Dengan pengenalan konsep tersebut, nama Sabasun Sdn Bhd mula meniti di bibir masyarakat umum. Secara langsung, keperluan untuk membesarkan ruangan kedai dan menambah bilangan kaunter bayaran daripada 2 unit kepada 4 unit, dan seterusnya kepada 8 unit terpaksa dilakukan bagi menampung bilangan pelanggan yang semakin meningkat.

Pada tahun 2000, pihak Sabasun mula membeli tanah di sebelah bangunan asal, yang seluas 20,000 kaki persegi. Pada tahun berikutnya, bangunan baru (yang ada sekarang) dibina menjadikan luas keseluruhan ruang jualan menjadi 37,000 kaki persegi. Pada tahun yang sama juga, Sabasun Sdn Bhd didaftarkan menjadi Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd. Perkataan HyperRuncit yang diambil dari perkataan “hyper” dan “runcit” yang membawa konsep menyediakan ruangan jualan dan pilihan barangan yang sama seperti hypermarket tetapi masih lagi mengekalkan sentuhan “kedai runcit” tempatan, di mana layanan dan pilihan jenis barangan adalah berdasarkan kepada permintaan dan keperluan masyarakat tempatan.

Dengan penambahan ruangan jualan tersebut, Sabasun turut menambah bilangan kaunter pembayaran menjadikan jumlah keseluruan adalah 23 unit. Jumlah keseluruhan tenaga kerja pada ketika itu adalah 180 orang warga bumiputera Melayu Islam tempatan dan 54 orang promoter bertugas. Ruangan tempat letak kereta juga turut ditambah dengan menyewa dan menambun tanah paya di kawasan belakang bangunan yang ada sekarang, yang dapat memuatkan dari 150 hingga 200 buah kereta dalam satu masa yang mewakili 60% dari ruang tempat letak kereta keseluruhannya. Untuk memudahkan semua pelanggan, kawasan tanah tersebut telah diturap sepenuhnya. Sebuah surau dan tandas awam turut disediakan untuk kemudahan awam

 

Pada tahun 2010, Sabasun telah menukar   satu-satunya gelanggang futsal miliknya di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu kepada cawangannya yang kedua. Premis itu mula beroperasi pada 30 Ogos 2010. Keluasan ruang perniagaan di cawangan kedua ini hanya 30% berbanding ruang niaga di premis induk, dan hanya mempunyai 80 orang tenaga kerja pada masa tersebut.

Namun pada tahun yang seterusnya, permintaan yang semakin bertambah berikutan oleh penigkatan sokongan yang berterusan dari masyarakat tempatan, Sabasun menambah ruang jualan di cawangan Wakaf Tembesu sebanyak 50% dari ruang yang asal. Pertambahan ruang jualan ini sekaligus menjadikan keseluruhan pekerja di Sabasun berjumlah lebih 350 orang.

Sabasun HyperRuncit juga turut mempunyai 3 buah anak syarikat yang berfungsi melengkapkan lagi kemudahan sedia ada yang terdapat di premisnya.

S-PU Café, kedai makan yang terletak di ruang hadapan bangunan Sabasun Bukit Kecil, manakala di Sabasun Wakaf Tembesu pula terletak di sebelah surau, berdekatan dengan tempat letak kereta. Kedai ini menjual makanan pada harga yang berpatutan dan memberikan kemudahan kepada kakitangan dan pengunjung untuk makan dan minum.

KIOSK menyediakan perkhidmatan photocopy, kad pra-bayar, faksimili, peralatan komputer, ubat-ubatan, hadiah, alat tulis, makanan ringan dan turut menjual buku-buku dan majalah. Di Sabasun Bukit Kecil, kedai ini terletak di sebelah pintu masuk belakang dari tempat letak kereta. Di Sabasun Wakaf Tembesu pula, ianya terletak di sebelah pintu masuk utama, bersebelahan dengan ruang jualan Biskut Timbang.

SIMAP (Sabasun Internal Multimedia And Promotion) berfungsi sebagai pengiklan apa jua promosi dan makluman dalaman. Dengan menempatan 35 unit TV di kawasan yang strategik ruangan jualan dan 1 skrin besar di atas bumbung bangunan, segala iklan dan makluman dapat disebarkan dengan meluas.

Secara amnya, Sabasun masih lagi mengekalkan 100% tenaga kerja yang terdiri dari anak tempatan, menjadikannya satu-satunya Peruncit berskala besar yang tidak menggunakan tenaga pekerja asing. Turut dilengkapi dengan berbagai pilihan barangan makanan yang terbaik dan halal, ditambah pula dengan kemudahan asas lain yang disediakan seperti surau, tempat letak kereta dan tandas percuma menjadikannya sebagai pilihan utama pusat membeli belah harian rakyat Terengganu.

2 thoughts on “SEJARAH RINGKAS SABASUN HYPErRUNCIT SDN BHD

  1. terbaik pasaraya begini harus di perluaskan ke seluruh malaysia dan membantu semua peniaga iks untuk menaikkan produk bumiputera yang penting halal dan toiyaban.kita bukan anti produk bukan muslim cuma sudah tiba masanya untuk kita menaikkan ekonomi orang islam khususnya melayu setanding produk gergasi yang lain.biarlah kita mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan produk dalam dan luar negara..ayuh support produk muslim 100%.kuasa pembeli datangnya dari orang melayu dan orang islam dinegara ini.pergilah hypermarket kedai runcit rata2 yang berbelanje kebanyakkan orang melayu muslim.

  2. Ada tak cadangan membuka franchise. Membantu enterpreneur muda muslim berkecimpung dalam perniagaan. Memandangkan sudah mempunyai sistem perunchitan yang kukuh. Dan membantu dan meningkatkan economy masyarakat muslim di malaysia.

Leave a Reply to vigourmarine Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *