Pemakanan seseorang selalunya akan mempunyai kesan ke atas hati. Antara kesan makanan yang haram dan syubahat adalah hati menjadi keras. Hati yang keras ini selalunya tidak dapat membezakan yang baik dan buruk, yang betul dan yang salah, malah perkara-perkara yang mudah dan asas sekalipun seakan tidak dapat terfikirnya. Sesungguhnya mencari makanan yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam yang mengaku beriman. Dalam surah Al-Maidah ayat 88, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.
Demi memenuhi tuntutan syara’ dalam bermuamalah (berjual beli), kreteria penting dalam menentukan sesuatu barangan itu layak dijual atau pun tidak, adalah status HALAL sesuatu barangan. Setiap barangan yang telah, sedang dan akan dijual MESTILAH mempunyai status HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Logo Halal sah yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah seperti gambar di bawah.

Walaubagaimana pun, bagi sesuatu barangan yang kami ragui status Halalnya, pihak kami akan merujuk kepada JAKIM melalui laman webnya dan anda juga boleh rujuk status halal sesuatu barangan yang anda beli.

Bagi barangan import, pihak kami juga turut menerima masuk barangan berstatus HALAL negara lain yang diiktiraf oleh pihak JAKIM. Anda boleh rujuk laman web Halal Malaysia untuk mengetahui senarai logo serta badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Terdapat juga barangan yang kami jual tetapi tidak mempunyai logo HALAL. Sebenarnya keperluan logo HALAL adalah untuk barangan yang diproses sahaja. Bagi barangan asas seperti beras, rempah ratus kasar, telur dan sebagainya, ia tidak memerlukan kepada pengiktirafan HALAL dari JAKIM kerana semua sumber asas tumbuhan adalah HALAL disisi syara’.

Selain dari itu, bagi barangan IKS Tempatan, pihak kami maklum tentang sumber kewangan dan kesedaran pengusaha tentang kepentingan mendapatkan sijil HALAL dari badan Agama Islam Negeri. Namun hanya barangan makanan tempatan yang diproses sendiri oleh pengusaha tersebut sahaja di terima di premis kami. Pada masa yang sama pihak kami memberi galakkan kepada mereka yang belum mendapatkan sijil halal untuk berbuat demikian.

Pihak kami turut mengalu-alukan sebarang maklumat jika anda terjumpa atau terbeli barangan di premis kami yang anda pasti tidak HALAL. Untuk sebarang makluman dan aduan, anda boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan melalui email kepada pegawai kami iaitu:

Encik Syamsul Mohd Yusof : syamsul@sabasun.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *